Aku seorang jururawat

Lately, semakin asyik penjawat awam dikecam lebih-lebih lagi yang kerja sebagai jururawat. Perh.....! mata sakit, telinga sakit, jiwa sakit, hati menangis habaq hampa. T T. Bukan niat nak membangkang ataupun menegakkan benang yg basah tp nak meluahkan rasa dihati. Perit kot, ni sumber pendapatan kami untuk sesuap nasi.

No one perfect. Misi pun manusia jugak, boleh tegur kalau ada salah silap yg mungkin secara xsengaja dilakukan. Cth, terpaksa cucuk 2,3 kali kalau jenis vein yg collapse atau xnampak langsung vein dia apatah lagi dpt gagau.. itu mmg xdisengajakan. Tp itulah, tugas kami.. aku kadang2 risau je,  bila cucuk 2,3 kali xdpat darah. Risau kene lempang xpon depa buh hashtag #misistupid #belajartakhabih. Zaman sekarang...

Setiap hari aku semangat nak g kerja, setiap hari niat aku same je. "SAHAJA AKU PERGI KERJA DLM MENCARI REZEKI YG HALAL KERANA  ALLAH TAALA." namun x1..namun x2.. namun x3, bila banyak sgt kes yg xtentu arah ni.. niat kdg2 dah jadi tak betul.. "ya allah mintak2 xdela jumpe org2 yg tlalu fassy.. 😣😣 kang xpsl2 jd viral."  Semangat pergi kerja rasa mcm dah down je.. tp alhamdulillah, masih ada yg menghormati dan yg menghargai tugas kami. Xpe kalau x berterima kasih sbb ini tugas kami jd kami mmg xmengharapkan ape2 pun.. tp, bila xhormat tugas kami...aduhai....kecewa jiwa ni :'(

Percayalah, semua nak buat yg terbaik. Masing2 bagilah feedback yg baik. Mesti jadi positif impak. Tp kalau sebelah pihak je yg bg positif..benda xkan jd positif. I had seen 1 scenario. Relative pesakit duk keliling katil mak dia, terjerit2 panggil misi mintak tolong tukarkan pampers mak dia. Misi jawab sekjap sbb nak attend kes urgent ade pesakit collpase, dia boleh marah misi tu, sebab misi tu dtg 20 minit lepas tu.. dengan nada suara yg tinggi "Ah, xpayahla.. dah buat dah, mintak tlg sikit pon xboleh. "... :'( perhhhhh sentap misi tu.. nangis kat blakang pantry.

Imagine. Kalau korg kat tempat pesakit yg collapse tu, misi sorg je handle, sorg lagi sibuk nak tukar pampers pesakit yg dia jaga.. korang dah nazak ni.. ape korg fikir?? Tentu2 kita kena utamakan yg mana lebih penting..nisbah 1 misi ngan pesakit bukan 1:1..tapi 1:8 itu paling minimum.maximum 1:15... So, kadang2 kite kena bukak mata n faham situasi macam  ni. JAngan lupa populasi penduduk malaysia kite makin tinggi bukan makin kuranh. JADI hopefully makin ramai populasi manusia yg lebih bertanggung jawab dan bertimbang rasa. Semua ni masih dalam perancangan KKM, yakni itu membaikpulih sistem perawatan.. maka tunggu dan lihat je la..

Nota kaki,
Jika ada sebarang cadangan untuk membaikpulih sistem perawatan di malaysia, aku cadangkan salurlah ke jalan yg betul. Bukan dengan memviralkan sesuatu sehingga timbul mcm2 fitnah yg lain. Ingat 1 perkara je." Awak jage aib org. ALLAH jage aib awak.. "In sha allah.,,


Comments

Popular posts from this blog

Saiz perut mengandung mengikut bulan.

Wajib tahu waktu subur.(Khusus buat wanita)