Ketika kamu sudah berkahwin

Ketika kamu sudah berkahwin..

Kamu telah bersedia untuk berada dalam alam rumah tangga, bersedia untuk membina kerajaan baru dengan hanya bertemankan seorang timbalan perdana menteri (TPM). TPM itu yg akan membantu kamu untuk menyelaraskan semua sistem dalam rumah tangga. Segala kelebihan dan kekurangan  TPM itu kamu harus terima seadanya.. sebagaimana dia menerima kekurangan kamu sebagai seorang pemimpin.

Dalam satu kerajaan, akan ada banyak anasir- anasir  yg akan mempengaruhi sistem kerajaan tersebut.Tidak kira daripada luar atau pun dalaman , sedikit sebanyak ianya akan mempengaruhi sesebuah kerajaan itu. Ianya bergantung bagaimana kamu dan TPM kamu mengawal tembok keluar masuk kerajaan kamu sendiri. Kita melihat dr anasir dalaman. Jika kita sudah bersedia untuk menjadi pemimpim maka jujurlah dlm setiap perlakuan serta sikap kita. Buang segala sikap atau tabiat yang pernah mengotori jiwa kita sebagai seorang bakal pemimpim satu ketika dulu. Kini kamu adalah seorang pemimpin!! maka jadilah yg terbaik drpada yg terbaik oleh diri kamu sendiri dr sepanjang hidup kamu. Begitu juga untuk TPM.

Di satu saat nanti, wujud pula anasir dari luar. Seperti kebiasaannya.. apabila sesebuah kerajaan berdiri kukuh, mewah dengan penuh kesenangan dimata luar. Akan datang ujian2 dari pelbagai bentuk yg lahirnya dr sifat ketamakan, iri hati, dengki dan dr sifat ingin menguasai. Beringatlah ini adalah godaan dunia dari orang sekeliling. Jika tembok itu tidak utuh, maka runtuhlah sesebuah kerajaan, dan tidak lama kemudian akan terjadilah kerajaan yang baru, yg kesudahannya tidak bertahan lama. Kerana apa? Kerana sumber dan caranya yg kotor. Ingatlah Allah itu maha Adil. Untuk mencegah perkara itu dari terjadi beringatlah sentiasa, bukan mudah untuk kamu membangunkan sesebuah kerajaan, bukan mudah untuk kamu belajar berdiri dari kamu merangkak dan lihatlah siapa yg sentiasa bersama kamu dr awal hingga ke akhirnya. Iya..., tidak lain adalah TPM yg lurus, yg jelik yg sudah jemu kamu tatap dr hari2 kamu.

Dan jangan lupa, langit xselalunya cerah. Disatu masa pula, jika kamu adalah seorang pemimpim yg baik. Disaat kamu jatuh, TPM akan digodai oleh kerajaan kerajaan pesat yg lain. Yang mungkin akan menjanjikan tempat yang terbaik untuk TPM. Maka janganlah kamu risau, kerana kamu sudah membentuk TPM kamu serta menteri2 kamu yg lain agar berpijak dibumi yang nyata. Jatuh bangun kamu,TPM tetap akan sentiasa bersama kamu. Kerana dia sedar kamu adalah seorang pemimpim yg baik dan bukan mudah untuk dia belajar memahami selok belok stategi kamu sebagai pemimpin.

Maka, pimpinlah TPM serta kerajaan kamu dengan baik. :)

Bahasa kiasan nusa bangsa demi memupuk keluarga yg harmoni.
Nukilan NFR.

Comments

Popular posts from this blog

Saiz perut mengandung mengikut bulan.

Wajib tahu waktu subur.(Khusus buat wanita)