Bagaimana untuk berubah kearah yang lebih baik
Assalammualaikum. .
Sebelum aku mulakan perbicaraan.. aku nak mintak maaf kalau2 apa yg aku ceritakan ni membuatkan ada yang rasa xselesa rasa mcm dikutuk..kalau ada kutukan tu..sebenarnya kutukan utk diri aku sendiri... peace ^._,-
"Apa yang bakal aku share ni dari pengalaman aku sendiri..yg buruk datang dari diri aku sendiri dan yg baik semuanya dari maha pencipta."
Sebelum ni banyak kali cubaan aku utk kekal bertudung sia2.. tengok kawan2 berfesyen2 rambutnya mula rasa tergugat rasa mcm nak tunjuk jugak yg rambut aku ni pun cantik.. kalau xfreehair mcm ni..kalau freehair lagila meletop.. (tu semua suara syaitan yg hasut kita) syaitan duk bisik2 cakap aku ni cun kalau freehair.. (bluwekk) hakikatnya...
Mula2 dulu aku belajar bertudung masa form 5..boyfriend sarankan.. masa tu siap tanya pendapat ustazah lagi..ustazah cakap pakai tudung tutup aurat tu dah dpt pahala dah wlaupun bf suruh..tp nawaitu tu hanya tuhan yg boleh menilai.. jadi..aku pun bertudung... kalini kecundang bila aku sambung belajar.. melihat rakan2 yg lain comel2 belaka..si syaitan tu hasut lagi... (ko freehair mcm fasha sandha tau..:P ) dek kerana terpedaya ngan syaitan tu aku freehair pulak...
Tapi...lama2 rasa diri aku ni asyik didatangi orang2 yg xbetul.. dah xjumpak pun org yg ajak kita g smbahyang..g ngaji..g terawih..yg ada cuma angkatan2 yg mencari hiburan.. dan bukan tu yg aku nak.. sebelum diri aku terjebak.. aku mula melatih diri pakai tudung...berkat dorongan housemate 41(no rumah masa student).. aku pun mula bertudung.. dan aku mula sedar perubahan yg berlaku.. aku jumpa org pun kebanyakan yg mendorong kearah kebaikan..
Perbezaan bertudung n tak bertudung.. orang nak kawan dengan kita pun lebih sopan.. masa freehair org nak ngorat mcm panggil tikus je.. xpun mcm burung wak2.. tapi bila bertudung... orang yg nak kwn ngan kita org yg lebih beradab dan kita dpt rasa diri kita lebih dihormati...
Aku diduga sekali lagi apabila masuk ke alam pekerjaan...syaitan yg seterusnya bertanya pada aku.. "kenapa kau bertudung?" Aku jawab tudung melindungi aku dari melakukan perkara yg xelok... ape je yg aku nak buat aku beringat, sebab aku memakai lambang kesucian agama aku.. then dia jawab.."tu hipokrit namanya.."
(Hipokrit hotak kau) jwb dalam hati je.. kata2 tu buat aku mula was2 dengan apa yg aku buat... aku mula rasa aku xpatut bertudung kalau niat aku mcm tu..jadi mula la aku meninggalkan tudung perlahan-lahan.. sampai macam tu sekali pengaruh yg aku terima...
Tapi....syukur alhamdulillah...ramadhan 2012 mengubah diri aku menjadi lebih baik... aku tekad untuk melatih diri dan memperbaiki kelemahan diri.. melihat mereka yg mampu berhijab labuh dan berubah kearah yg diredhai buat aku lebih bersemangat untuk berjuang menjadi orang yg lebih baik..
Kalau mereka boleh...kenapa tidak kita? Kenapa mesti dengar apa orang cakap...?? Sedangkan hanya tuhan yang berhak menilai nawaitu kita.. kita berhak berusaha utk rasa mulia disisinya walaupun kita seorang yg beribu2 dosanya suatu ketika dahulu..
Sedar x? Bila kita lepas berwudhuk dan memakai telekung apa kita rasa?? Macam tula aku rasa bila kita memakai hijab..
Dulu aku pernah bagi alasan belum bersedia..aku nak lengkapkan solat 5 waktu sehari dulu..nak berubah perangai dulu baru nak pakai tudung..tapi cuba kita fikir.. kalau kita xberubah dari luar(bertudung) mcm mane dalaman nak lengkap kalau pengaruh kat luar tak berubah??
Hati xperlu dipaksa..tapi kalau kita ingat esok kita nak mati dan2 kita pakai tudung sekarang kan?? ^._,- nak buat sesuatu yg baik memang payah..dan bukan senang..sebab kita hidup dengan berbagai2 jenis orang..
Semoga apa yg aku share ni, sedikit sebanyak dapat dijadikan teladan untuk orang lain jugak..Janganlah pergi hina orang yg tak pakai tudung pulak.. be example macam budak rumah aku dulu...sarankan aku bertudung pelan2.. lama2 terbiasa la.. dan bagi kata2 perangsang... in sha allah kita sama2 boleh berubah menjadi yang lebih baik..:-)
Assalammualaikum... senget tu cool..tapi yg macho tu? kita la.... ^._,-
Comments
Post a Comment