Kisah Diantaranya Episod 1

Kalau nak ikutkan hati, aku rasa aku yang paling cantik kat kilang ni, tapi apesal dia jual mahal sangat! Bajet kacak agaknya..tapi... well known, hati berbunga kerana ketinggian dia,jiwa bergetar kerana suaranya tapi hampeh, bila nyanyi kecundang pulak nada dan irama...haha walau bagaimanapun bila dia memakai seluar yenki dengan rambutnya yang alfro sambil bermain gitar, akulah gadis-gadis diantaranya yang terjerit-jerit memanggil "abang Ros!....."

Pernah satu hari tu, aku memikatnya.. dengan hanya membekalkan sekeping surat aku pun melontarkan satu kata....

"aku suka kau"

Lalu dia membalas surat tu....

"aku tak suka kau lah Rokiah..."

saat tu, hati aku hilang..hancur dan berkecai.. tapi peduli apa...esok aku cuba cara nombor 2.. kalini aku cuba cara agresif...

Aku tekad! aku nak cuba jugak tarik perhatian dia! kalini dia ditempatkan bekerja sekali depan aku. 

huh peluang keemasan..aku pun membuka jaket labuh ku lalu membiarkan diriku yang hanya ber T-shirt pendek. Tapi, kenapa dia tak pandang langsung kat aku......

tunggu punya tunggu...tiba-tiba aku dapat surat...

"apa kau buat ni Rokiah, kau lagi cantik berjaket.."

Cis! malu aku dibuatnya...macam taknak jumpa dia dah..tapi......hahahaha aku lain, semangat aku kental... bermula pada tu tiap-tiap hari aku pakai jaket tu..biarpun kadang-kadang tak sempat basuh..sebab dia kata cantik punya pasal..basah pun aku pakai... hahaha...

Aku mengaku, aku kasar.. pernah sekali tu aku cuba mintak pendapat pada rakan aku...

"weh..macam mana aku nak buat dia suka aku??"

"kau kena jadi perempuan kiah..cuba pakai macam perempuan sikit.."

esoknya kebaya aku pakai..padahal tak pernah lagi lah orang kerja kilang pakai kebaya..terkepit-kepit aku jalan..dah macam jalan dalam sarung guni...dia senyum tengok aku...saat tu..aku semakin excited menjadi lemah lembut..aleh-aleh dia ajak keluar rehat sekali...

dia bisik kat tepi aku...

"kiah kenapa kau kelakar sangat, dah macam bapuk aku tengok..kalah perempuan.."

fuh...aku macam konfius je, dia puji ke perli..hahaha yang penting dia ikhlas...lepas pada tu kami selalu keluar rehat sama..aku tak pernah suka mana-mana lelaki, dia yang pertama dan aku akan pastikan dia yang terakhir.......

yang paling penting....
aku dah tak payah pakai kebaya dah.....:)

Bersambung...

**Nukilan ini adalah hasil dari tuan empunya belog yang didedikasikan untuk para pembaca..
Jalan cerita semuanya adalah rekaan semata-mata kalau ada pun yang kena mungkin secara kebetulan sahaja...  terima kasih....:)


gambar happy untuk menjiwai watak Kiah yang Kental gitu...:)







Comments

Popular posts from this blog

Saiz perut mengandung mengikut bulan.

Wajib tahu waktu subur.(Khusus buat wanita)