Bagaimana nak nampak cantik

**nak baca entry ni ada syarat..jangan gelak sapa gelak bank In sekupang sebab aku tak pandai nak menulis apatah lagi nak buat lawak...:) cemuih buat entry ayat skema.

jap..jap...tengah aku duk search SEO tadi aku cuba search bagaimana nak.... terus keluar..

"bagaimana nak TINGGI"
 
hahaha..nak suka aku..
 
nak jawab ke tak nak?
 
 
Jawab lah ek, mungkin aku dapat membantu mereka yang memerlukan..hihi.. dik..kalau dik tanya akak bagaimana nak tinggi mungkin akak boleh suggest buat surgery, contohnya extension bone tapi jenuh pulak lah nak cari tulang yang sama saiz dengan kita. Selalu kat negara luar ambil tulang dari fresh mayat lah..tapi kalau kat malaysia nak buat jugak..alamatnya....
 
"Pulangkan....."
 
"pulangkan kaki ku...."
 
 
haha (tetiba terbayang Maya Karin baca dialog tadi..hahahaha)
 
 
Others way,bagaimana nak tinggi tu mungkin impossible lah tapi kalau tanya akak  bagaimana nak nampak tinggi tu mungkin akak tahulah sebab akak terlebih tinggi!..sampai kekadang cuba cari tips macam mana nak nampak rendah pulak..tapi malangnya bila praktis kan tips tu, nampak kembang pulak. (cermin tipu)
 
 
Cara pemakaian
Akak kongsi satu point jelah ye, sebenarnya bagi akak cara pemakaian tu yang memainkan peranan yang paling penting. Konsep dia lebih kurang sama macam bagaimana nak nampak kurus. Sebab secara fizikal smakin kita nampak kurus semakin kita nampak tinggi(wah hipotesis akak melampau!) haha.. tapi tu hakikat. Lebih-lebih lagi kalau dalam frame tu kau seorang je manusia yang ada. Paham x? er... "Nāṉ iṉṟu mikavum aḻakāka irukkiṟēṉ" faham tak? tamil akak bagi..:)bhahaha

shuh shuh! syaitan merasuk...
serius gak sikit.
 
nasihat akak yang mungkin korang boleh cuba.
 
: cuba pakai pakaian berjalur ke bawah
: pakai seluar jenis straight cut atau jenis skinny
: pakai baju yang tidak kembang dari pinggang ke bawah...er..hahaha aku terbayang sesuatu..hikhik.. (abaikan..)
: Pakai heels bagi perempuan,pakai terompah bagi lelaki.. (aduh! akak teringat bapak akak pegi sembahyang jumaat pakai terompah, tak boleh terima akak,heart attack sejenak. lagi tak boleh terima terompah tu pun orang nak rembat, tak faham betol bhahaha )
 
Bagi akak lelaki sekarang memang comel-comel..cute miut sebab kebanyakan semua rendah dari akak. Tapi tahukah anda Itulah dinamakan  murah rezeki?hehehe..It's okayla.. ramai je perempuan yang cute2 jugak..ketinggian tak penting pun..trust me.
 
Okay baru sekarang akak perasan, entry tajuk lain isi mengandung kandungan tajuk lain. Dah macam tuan dia dah entry ni..kona-kona sesalu sesat..hehe
 
Perlukah aku tukar entry ni? bhaha rasanya xperlu kot. Korang baca entry yang betul-betul untuk bagaimana nak nampak cantik nanti ek! lagi dua tiga hari korang klik link tu adela isi dia..tekan malam satgi memang sampai subuh tak tubik..hehe
 


 

 gambar ni je yang pak google dapat sponsor.
maaf tak dapat meyakinkan korang semua..:(
 
*Panggilan adik untuk mereka yang muda.
gelaran akak untuk ganti diri aku yang lebih- lebih lagi muda..:)bhaha
 





 
 
 





Comments

Popular posts from this blog

Saiz perut mengandung mengikut bulan.

Wajib tahu waktu subur.(Khusus buat wanita)